Pageviews

02 August 2012

ASMARA JIN ASYIK


#copy & paste#



GANGGUAN oleh Jin Asyik/cinta merupakan yang terbanyak berbanding dengan Jin Saka dan Sihir. Berbeza dengan Jin Sihir memerlu rawatan yang berulang kali sedangkan Jin Asyik dapat diselesaikan dengan 2-3 kali rawatan sekiranya pesakit benar-benar bersungguh-sungguh dalam rawatan dan merelakan dirinya untuk dirawat.

Gangguan Jin Asyik seseorang itu bermula di peringkat kanak-kanak atau remaja lagi. Apabila Jin yang tinggal di rumah pesakit, asrama atau mana-mana tempat yang selalu dikunjungi atau dilalui pesakit, jin berkenaan sentiasa memerhatikan pesakit dalam tempoh yang lama. Dia melihat pesakit seperti mana kita melihat ikan laga dalam botol atau pun seperti menonton filem Hindustan yang mana pesakit adalah tumpuan sebagai hero/heroin filem berkenaan.

Dia mendengar pesakit menyanyi, memerhatikannya tidur, mandi, berdiri di hadapan cermin, bersolek, membuka pakaian serta memakai pakaian dan sebagainya yang akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta dan sayang jin berkenaan kepada pesakit.

Apabila pesakit semakin dewasa, pesakit seboleh mungkin dihalang dari mempunyai pasangan kekasih mahupun berkahwin. Apabila ada sesiapa yang nak meminang, jin ini berusaha keras menggagalkannya dengan menghodohkan wajah pesakit, merosakkan kereta rombongan, mempengaruhi pesakit agar menolak pinangan. Jika semua gagal, jin ini berusaha menimbulkan permusuhan antara pesakit dengan pasangannya. Adakala gangguan mula menjadi kronik setelah bertunang.

Jin Asyik ini kuat cemburu. Apabila ia sukakan seseorang sama ada lelaki atau perempuan, ia berusaha akan memilikinya. Sebaliknya, apabila ia tidak suka, ia akan menggunakan tipu helahnya bagi memporak perandakan pesakit sehingga akhirnya berpisah/bercerai.

Jin Asyik juga boleh berasal dari Jin Saka mahupun Jin Sihir yang telah bertapak lama pada pesakit.


" Angkara cintamu.. Kekasih gelapku.. "

“Jin asyik/cinta” dikategorikan sebagai jin yang menyukai, menyintai dan menjadikan manusia-manusia tertentu sebagai idola atau pujaan atau kekasih mereka. Ada diantara kes-kes yang serius sehingga jin-jin itu bersetubuh atau berkahwin dengan manusia sehingga melahirkan anak-anak jin.

SEMUA GOLONGAN terdedah untuk diganggu Jin Asyik.

Golongan agama, orang awam, pelajar dan lain-lain. Perawat-perawat juga tidak ketinggalan berkemungkinan menjadi idola kepada puak-puak jin yang kagum dengan kejantanan anda bertarung dengan jin-jin gangguan, apatah lagi jika anda suka bersifat ria’ dan ‘ujub. Kesimpulannya sesiapa sahaja boleh terdedah kepada masalah ini.

Kebiasaannya tahap-tahap gangguan yang dihadapi adalah bergantung kepada individu-individu itu sendiri. Kekuatan diri seseorang tidak sama diantara satu sama lain, ada yang lemah dan ada yang kuat. Kekuatan rohani yang lemah, menyebabkan jin-jin yang samseng ini membuli individu-individu tersebut, sehingga ketahap menodai mangsa. Mereka boleh tinggal dan mempengaruhi diri mangsa didalam kehidupan seharian sehingga kadar tujuh puluh peratus malahan boleh mencapai hingga sembilan puluh peratus.

Jika kekuatan diri bertahap sederhana, kemungkinan jin-jin asyik ini dapat mempengaruhi mental dan emosional. Ini boleh menyebabkan kehidupan seharian kadangkala terganggu, apabila fizikal anda lemah emosi menjadi tidak stabil, fikiran kusut dan tidak dapat fokus.

Kadangkala jin-jin ini berjaya juga bermastautin didalam tubuh badan mangsa, seperti di kepala, dada, perut, belikat dan lain-lain tempat yang berkemungkinan.

Jika kekuatan diri atau rohani seseorang itu tinggi, berkemungkinan jin-jin asyik yang meminati mereka adalah dikalangan jin-jin yang beretika dan memahami hak-hak asasi manusia, oleh itu jin-jin ini hanya memerhati dari jauh atau mengekori sahaja tanpa mengganggu kehidupan mangsa.

Kebanyakan kes-kes gangguan jin asyik tidak disedari oleh pesakit sehinggalah mereka datang untuk mendapatkan rawatan pemeriksaan. Dan kebiasaannya ini disedari setelah pesakit sudah mula merasakan bahang-bahang masalah dan gangguan yang menimpa mereka.

Tanda-tanda/punca gangguan Jin Asyik antaranya:

- Pesakit sering mengadu sakit kepala.
- Selalu meninggal solat/susah nak mengerjakan solat
- Sukar nak berzikir dan membaca Al-Quran.
- Was-was.
- Pesakit amat sensatif.
- Suka bersendirian.
- Merasakan dirinya sangat cantik/kacak.
- Adakala tak suka pasangan.
- Hubungan tak kekal. Selalu bertukar-tukar pasangan.
- Selalu bergaduh dengan pasangan/orang yang rapat dengannya.
- Tidak suka bercakap tetapi lebih banyak mendengar dan berkhayal.
- Jika bercakap selalunya perkara yang sia-sia/keterlaluan.
- Banyak tidur di siang hari dan berjaga di waktu malam.
- Mendedahkan aurat di dalam rumah. Kadang kala, ada yang bertelanjang di hadapan cermin sambil    
   mengagumi tubuh badan sendiri. Tanpa pesakit sedari Jin Asyik memerhati setiap gerak-geri pesakit 
   sehingga pesakit dirasuk.
- Terdapat tanda lebam terutama di peha, betis, tangan, perut, kemaluan dan sebagainya.
- Sakit yang sukar diubai seperti sakit kulit.
- Mandi/duduk dalam bilik air terlalu lama.
- Mandi di dalam bilik air atau kolam dalam keadaan bertelanjang.
- Ketika jaga adakalanya mendengar, nafas, bisikan atau suara terutamanya ketika berbaring.
- Pesakit selalu dalam keadaan kena tindih.
- Tidur dalam keadaan bertelanjang/memakai boxer/berseluar pendek (tidak menutup aurat).
- Tidak suka/marah jika ada orang yang cuba menberi nasihat/ cuba mengubah cara hidupnya kepada yang   
   lebih baik.
- Tidur bermimpi melihat seorang pemuda/wanita yang kacak. Dia mengajak berkahwin dan bersama.
- Bermimpi melakukan persetubuhan haram dengan pemuda/wanita berkenaan.
- Bermimpi bersama-sama anak-anak kecil yang kononnya adalah anak-anak hasil perkongsian mereka.
- Tempat tidur tidak berkemas dan apabila orang lain tolong kemaskan biasanya pesakit akan marah.
- Suka bergelap/bilik tidur bergelap.
- Merasa takut sehingga tidur buka lampu.
- Nafsu yang kuat.
- Kuat ‘beronani’.
- Suka melihat dan membelai alat kemaluan, secara tidak sedar bahawa jin sedang berasmara dengannya.
- Merasa kagum dengan susuk badan/alat kemaluannya.
- Dan banyak lagi.

Akhirnya, terdapat pesakit yang boleh melihat pasangannya dan anak-anaknya di sekitar katil dan ruang rumahnya. Pesakit pada tahap ini sudah tidak mahu dirawat dan merelakan diri kerana merasa puas dengan ‘kehidupannya’.

Seorang wanita yang saya rawat menceritakan bagaimana dia dirogol, mengandung, keluar darah dan akhirnya perutnya kempis semula. Apabila saya berdialog dengan Jin Asyik ini dia claim sudah ada 10 orang anak dengan wanita berkenaan dan seorang wanita yang disahkan mengandung 3 bulan, anak dalam kandungannya hilang, tidak ada keguguran dan pihak hospital tidak dapat memberi apa-apa keputusan kemana anak itu hilang.

Jangan terperanjat kepada golongan lelaki. Sudah banyak kes yang saya rawat, lebih-lebih lagi golongan remaja, diganggu Jin Asyik yang kronik. Apabila saya berdialog dengan Jin Asyik ini
“Kenapa anda datang mengganggu pesakit ini? Jawabnya... pesakit ini adalah kekasih aku… jangan kau campur urusan aku!! Kenapa anda suka kepada dia? Jawabnya… dia yang suka kepada aku… dia suka memakai boxer… aku suka melihat dia pakai boxer… melihat tubuh badan dia… dia mengagumi tubuh badan dia… dia membuka aurat... dia yang memanggil aku... aku suka dia... ”

Waallahu ‘alam.

Anda boleh membuat ujian keatas diri anda atau terbaik anda berjumpa perawat untuk ‘scan’.

Gangguan Jin Asyik tidak terhad kepada yang belum berkahwin sahaja. Seorang wanita yang sakit kaki apabila saya merawat dan berdialog dengannya ternyata didiami oloh Jin Asyik yang sudah lebih 900 tahun umurnya. Apabila saya suruh suami pesakit menyentuh tangan isterinya jin berkenaan tersipu-sipu malu.

Ternyata dia adalah Jin Asyik yang menaruh cinta kepada suami pesakit berkenaan. Apabila ia berada dalam tubuh si isteri, dia mempengaruhi si isteri dalam banyak kelakuan bagi membolehkannya bersama dengan si suami.

Adakah anda berani menyatakan anda tiada Jin Asyik??

walaupun simptom-simptom di atas tidak terdapat pada diri anda?? Belum tentu… ada juga jin yang menjadikan kita sebagai idolanya. Jin ini boleh dipujuk dengan membaca ayat-ayat Al-Quran agar beriman dengan Allah dan memeluk agama Islam. Jika Berjaya, dengan sendirinya jin ini akan melepaskan mangsa.

Insyaallah.

Ceritanya panjang…

Rawatan bagi kerasukan Jin Asyik

Mengeluarkan Jin Asyik ini adalah sangat sukar, lebih-lebil lagi sekiranya ia telah sebati dengan diri dan jiwa pesakit. Namun, kaedah yang paling berkesan mengatasinya adalah dengan tidak meninggalkan solat, memperbanyakkan membaca Al-Quran dan meninggalkan serta-merta semua amalan-amalan/tabiat hidup yang mengundang Jin Asyik. Kebanyakkan Jin ini akan mati terbakar apabila ayat-ayat Al-Quran dibacakan di hadapan pesakit.

Antara ayat-ayat yang boleh dibaca :

- Surah Al-Baqarah – Keseluruhan surah
- Surah Yunus – Ayat 23 hingga 43
- Surah An-Nur – Terutamanya ayat-ayat mengenai fitnah.
- Surah Ar-Rahman dan lain-lain.
- Berdoa dengan doa perlindungan daripada gangguan jin, memohan perlindungan hanya kepada Allah sahaja.

Hari ini, pesakit yang kena gangguan jin asyik datang ker RIDAM buat kali ke kedua.

Sebelum pasangan tersebut sampai, saya perkemaskan diri dengan membuat air jampi yang dibaca 33 kali Ayatul qursi.Ilham ini sampai setelah saya mohon dgn Allah agar dpt membantu pasangan tersebut.

Pukul 3:30 ptg, pasangan tersebut sampai.

Sebelum merawat, saya mulakan dengan beberapa pertanyaan.Kata pesakit, dia semakin sakit setelah rawatan yang lalu & kerap bermimpi ular yang banyak.Confirm, gangguan itu pasti marah kerana saya menyuruhnya menyapu Atar kasturi diseluruh hujung jari & rongga badan sebelum tidur.Jin memang tak suka bauan kasturi.Mungkin kerana ini dia semakin hyper aktif.

Saya mulakan sesi rawatan dengan memberinya minum air yang dibaca dgn ayatul qursi tadi.Kemudian saya spray dengan air yang sama pada kedua tapak kaki, tapak tangan & muka pesakit.Tiada kesan. saya lanjutkan pula dengan membaca rukyah (tangan saya letakkan dibelakang badan).Terasa sedikit kebas ketika sesi rukyah dibaca dan pesakit menangis.Setelah itu, saya nampak pandangan bayang merah keluar melalui jari kaki pesakit.Saya picit jarinya sepertimana rawatan yang lalu & alhamdulillah, dia tiada rasa apa-apa.

Saya bekalkan lagi air rukyah untuk dibuat minum & mengajarnya sebuah zikir yang perlu diamal slps subuh.

Saya doakan pesakit tersebut sembuh dari penyakitnya dan beroleh kekuatan dalam menempuh kehidupan rumahtangga mereka.Amin

KES JIN ASYIK

Bismillahirrahmanirrahim..

"Oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka,dan Dialah jua yang Maha Mendengar,lagi maha mengetahui"

Ada satu kes dimana ana merawat salah satu gangguan jin asyik..apabila pesakit masuk saja kebilik rawatan,pesakit terus menangis tanpa sebab yang jelas.Ini menunjukkan bahawa awal awal lagi jin penganggu sudah merasa terancam dengan kedudukanya.Oleh kerana pesakit sedang mengandung 6 bulan maka ana cuba elakkan pesakit dari menjadi histeria,bukan apa..risau menjejaskan kandungan pesakit.

Sewaktu pesakit menangis ana terus melakukan kaedah tikam pada jin dan niatkan mana mana jin yang berada didalam badan pesakit akan tertikam dengan keagunggan Allah.Alhamdulillah,setelah itu pesakit sedar semula.Selepas itu ana rukyah semula pesakit untuk memastikan bahawa gangguan benar benar sudah keluar dari badan pesakit.ketika dirukyah pesakit tidak merasakan apa apa dan hanya merasa tenang ketika rukyah dibacakan..walaubagaimanapun pesakit ana nasihatkan agar sentiasa mengamalkan zikir zikir yang diberikan kerana tidak mustahil gangguan tersebut akan datang semula apabila pesakit lalai dari mengamalkan zikir zikr amalan yang diberikan.Pesakit dinasihat agar datang semula untuk membuat rawatan susulan.Kepada pesakit tersebut ana doakan semoga Allah sentiasa melindungi dan memberikan kesembuhan kepadanya.

Gangguan oleh jin asyik adalah yang terbanyak berbanding dengan jin saka dan sihir. Bezanya jin sihir perlu rawatan berulang sedangkan jin asyik dapat diselesaikan dengan 2-3kali rawatan bergantung kepada jenis jin asyik itu sendiri.

Kepada sesiapa yang mengalami simptom gangguan ,dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan dari mana mana perawat islam kerana gangguan boleh menjadi semakin kritikal jika tidak dirawat dengan segera.Rawatlah sebelum parah..

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



Nie citer tahun lepas. sy ke rumah pesakit.. dia sendiri tak berapa nak beri kerjasama pada mulanya (biasanye org ade gangguan yg agak serius mmg mcm tu..) pandang sy pun tak nak.. bile tanye pun taknak citer.. so takpelah..

Kalau boleh pesakit lawan le sket gangguan tu.. tolong beri kerjasama pada perawat..tapi kadang bukan sebab gangguan pun diaorang pandang serong pada perawat.. diaorang tengok perawat tak pakai serban..tak pakai jubah.. tak bawak tasbih besor2, tak berjanggut.. muka muda.. terus tak konfident ngan perawat tu.. adeh.. banyak kali dah sy kena.. tapi takpelah layankan aje.. perawat bukannya tau masalah korang.. so ceritala pada perawat.. mudahlah nak buat kerja.. bukanya sy terhegeh2 datang rumah diaorang..kalau tak diaorang yg call suh datang mintak dirawat.. Pernah satu hari tu di selayang selangor.. family pesakit nampak sy datang.. dia tengok atas bawah.. terus cakap "ramai dah bomoh datang rumah ni, semua cabut lari! tahan duk lama dalam rumah ni..awak boleh ke ?" yaALLAH...takpelah mungkin ujian.. sy terima je.. takrugi ape.. ok sy teruskan ngan citer hantu raya nih..

Pesakit saya nak cite ni pompuan.. kebanyakkan yg kena gangguan ni pompuan la gak.. lelaki pun ade.. tp tak sebanyak pompuan.. ada yang panggil gangguan nie "Jin Asyik".. gangguan ni bukanlah kategori sihir.. ia lebih pada kealpaan pesakit sendiri dan tidak menjaga kebersihan diri.. contohnya.. darah haid tak basuh bersih2.. mandi bogel.. tido bogel.. pakai seksi2 jadi jin ni asalnya mengintai2 je.. lama2 dia akan jatuh cinta dan terus rogol pompuan yg dia suka tu.. ha.. jin pun boleh bersetubuh.. semua ni ada dalilnya.. sbb tu ada doa sebelum suami isteri nak bersetubuh.. kalo tak.. bende tu la bersetubuh dulu ngan isteri korang .. benih korng pun bercampur lah ngan benih jin... tu yg dapat anak pelik2 perangai tu.. 

Ok sambung citer balik.. lepas dia taknak bagi kerjasama.. (mungkin disebabkan gangguan) sy pun mintak izin untuk merawat.. 

saya pegang kepala pesakit.. dan bacakan ayat2 suci Al-Quran.. Pada awal bacaan pesakit dah bergoyang2 kepalanya.. terhanguk2.. sy turunkan tangan ke belakang pesakit.. badanya pulak bergoyang2.. tetapi pesakit tidak kerasukan.. sy bentikan rawatan..Pesakit muka ketakutan.. dan sakit.. tiba2 sampai ilham.. sy tanyekan pada pesakit.. sy namakan Min.. Pada ketika ini barulah Min.. berlapang dada untuk story masalahnye.. mungkin dia malu kot.



Saya: Saya rasa... awk ni.. erm.. mintak maaf cakaplah ye.. pernah tak waktu tido awk rasa disetubuh ? 

Min: Pernahhh... Pernah.... hari2 sy kena... (sambil menangis..) bila sy nak terlelap je.. mesti sy rasa ada  tangan yg merayap2 seluruh badan.. dan lepas tu sy rasa ada orang menyetubuhi sy.. dan pernah  
        jugak.. saya tidur.. pagi tu sy bangun tengok pakaian sy dah luruh dari badan ni.. tak tahu sape yg bukak.. selalu datang dalam mimpi lelaki kacak.. dia layan saya..

saya: sy nak bertanya.. satu lagi... pernah tak pegi buat rawatan sebelum ni ?

Min: Pernah.. dia kata saya nie kena santau..

saya:  yeke ?

saya cek sekali lagi.. betul ke ade santau.. mungkin terlepas pandang..

saya: Min.. awk takde santau pun.. jgn risau.. ermm.. sy rasa masalah awk kena ni dari sekolah menengah lagi kan ?

Min: Huhuhuhu... haah.. mcm mane boleh tahu...

saya: saya tak tahu pun... saya tanye je tu.. ishk..

Min: kalau boleh sy nak tahulah mcm mane rupe gangguan tu..

saya: ishk.. watpe nak nengok.. sy pun tak nampak..

Min: sy tension la.. lama sgt dah sy kena.. kadang tgh2 solat.. tiba dia datang merenyam2 aduh.... takboleh buat apa.. sy asyik ghairah je...

saya: ok.. awk pejam mata..

saya bacakan pada min doa penerang hati.. yg waktu blaja kat sekolah dulu tu..

saya: ok min.. skang awk zikir.. ALLAH sebanyak2nya dalam hati..

Min: OK...

Tiba2 min menekup muka dan mengesot kedinding,

Min: yaALLAHH!!! ape nihhh!!! mata merah !!!! badan berbulu!!! badan mcm beruk besar!!!

saya: Dah2 ok ok Bismillah.. dah2 bukak mata.. takde ape dah..

Min: (Muka pucat..) ape tu tadi takutnye.. yaALLAH... eeeee terbayang2 eeee...

saya: Ehehe Tula yang ganggu awk selama ni.. anto raye

Min: tolongglahhh buang benda tu dari tubuh sy... sy taknak ... sy takut.... tolonglah....

saya: mintak dengan ALLAH min.. sy ikhtiar je.. same2 kita mohon ye.. insyaALLAH.. Allah taala akan bantu..


Saya teruskan rawatan.. badan min duk tergoyang2 terhuyung hayang. dan kadang2 cube menepis tangan saya.. 

saya tarik anto raya yg dari tadi duk lepak kat luar rumah...dgn izinALLAH saya zasss sekali..sy genggam dan terus buangg tak tau la idup lagi ke tak.. Min sy suh dia mandi.. ngan limau purut.. pas mandi min segar, nampak sgt segar.. alhamdulillah pastu bila cek sekali lagi takde dah gangguan dan selepas tu takde dah Min kena raba atau disetubuh.. sy beri sedikit nasihat.. supaya jaga diri dan kebersihan.. jaga solat yang utama.. banyakan solat taubat dan zikir2 sebagai pendinding.. skang ni Min pun dah kawin.. alhamdulillah... 

tak kesah la yang dah kawin atau tak...







8 comments:

  1. pelik2 betol
    klo terlampau banyak pikir pasal jin pon x bleh gak
    idop harus diteruskan walaupon disetubuhi jin atau diganggu jin x perlu nak pikir semua tu janji best pastu serah pada tuhan anggap ja tu mainan tido atau perasaan ja

    ReplyDelete
  2. ketiak jin penah bau tak???
    aku pernah kena tindih ngan jin masa tido bila tersedar x bleh nak bangun tp mata terbuka
    dia tindih aku betol2 dia letak ketiak dia kat muka aku bau ketiak dia busuk gila babi masa dah bleh bangun tu bau busuk ketiak dia dok melekat lagi kat idung perghhh...kaw2 punya bau

    ReplyDelete
  3. aku klo diganggu jin ni slalu sgt tp dlm mimpi la
    klo aku niat nak mimpi sex kadang2 apa yg aku niat jadi kadang2 benda lain plak dia mai siap dok ceramah ada plak yg pakai mcm org alim
    tp aku anggap mimpi ja
    klo dulu selalu mimpi pelik2 masa dok kuat beramal dulu selalu sedar dalam mimpi dan boleh kawal mimpi
    sampai dalam mimpi pun dok berzikir
    bila tggl amalan sunat2 yg tu dah x ada dah zikir n sedar atau pon bleh kawal mimpi
    jadi syok tido n hanyut dalam tido ada la

    ReplyDelete
  4. salam. .sy slalu kna tndih ngn something mse tdo. .kdang2 dlm stu mlm 4 kali kna. .sya rsa mcm di rba smpai rsa gli sngat2 pda bhgian pnggang. .rsa d rgol pon pnah,tp stiap kali drgol,sya mcm rla je pdahal sbnarnya sya tkot. .sya da bce mcm2 tp susah. .sore xkluar,xboleh brgrak. .sya spruh sdar. .adk sya pnah trnmpk sya tdk brgrak dgn mta trbuka tp dya pgl,sya xmnyahut. .pd msa 2 sya kna tndih dan xbole bngun. .sya nmpk adk sya tngh pgl tp sya xbole mnyahut. .sya pnah mmpi rse ada bnde brgerak dlm prot dan pnggang sya smpai klihatan t'bonjol2 dr luar prot. .sya krap mmpi hantu dan ular htam. .dlm mmpi 2 ular asyik mngejar sya. .sya brlari n ble dya hmpir2 dpt sya,sya bnuh ular 2..bru2 nie sya mmpi ibu jari kaki knan sya dggit ular n sya bnuh ular 2. .sya da bertahun2 tdak solat dan bce al quran. .ble dngar bunyi azan dlm tv or rdio,sya cpat2 tkr siaran yg ntah apa2. .pda pndapat tuan,sya nie kna gguan jin ke cme mmpi dan khayalan smata2?hrap admin dpt mnjwap soalan sya. .trma ksih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalm lilianna eskandar....berdasarkan cerita awak, "sya da bertahun2 tdak solat dan bce al quran. .ble dngar bunyi azan dlm tv or rdio,sya cpat2 tkr siaran yg ntah apa2. ."....
      sebenarnya, syaitan, jin, dan makhluk2 halus sangat2 suka kepada manusia2 yang tidak melakukan suruhan ALLAH. bila beragama ISLAM dan tidak mengamalkan ajarannya, ROHANI manusia akan menjadi kosong..bila ROHANI menjadi kosong, maka, mudahlah makhluk2 halus ni untuk masuk ke badan kita. dengan pelbagai cara termasuk penggalaman awak diganggu tu :)
      kesimpulannya, saya harap, awak mulakan kembali apa yang telah lama awak tinggalkan...kembali kepada ajaran ISLAM yang sebenar ... isikan diri dengan ajaran agama.. :)

      Delete
  5. Sy juga mgalami kena tindih sewaktu tidur,kdg2 tgh sy tdur,bulu roma sy tiba2 menegak..kdg2 rasa geli bila tdur...pastu peha sy ade lebam bintik 5 tau 3 bintik....kalau kena tindih,Sy bc ayt qursi n an nas,tp die salahkn bacaan sy..,sy cuma mampu bc dlm ht je...slalu jugak mmp anak kecil,.myusukan budak tu....tp ade jugak sy bunuh budak tu,..pastu sy kapel xpnh kekal,.bla lelaki psg niat nk kawen dgn sy,msti xjd,.tiba2 dye org ade pmpuan lain...n xjd kawen dgn sy....n ade yg senyap terus...slalu je sy cpt cri pnganti,tp sorg pn xpnh kekal dgn sy...Itu la mslh yg sy slalu hadapi.

    ReplyDelete
  6. aku selalu je kene.. tp tak pnah lak rasa mcm kene rogol.. haha.. takkan jin nak rogol lelaki.. papa jahat!!

    ReplyDelete
  7. slm..bole share x zikir2 yg boleh di amalkan utk mnghindar dri dr sgala gngguan jin tmsuk la gngguan jin asyik..?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Popular posts